Monday, August 18, 2014

RAWATAN RESDUNG

Bahaya Resdung




Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.Sinus terletak pada bahagian muka – pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang. Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid. Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

“Resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

“Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,” kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

“Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

“Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,” katanya.

Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.


===================================================
RESDUNG !! RESDUNG!! MENGGANGGU LAGIIII...AH TENSIONNYA
===================================================

MENGALAMI MASALAH RESDUNG? TELINGA GATAL? SENTIASA BERSIN, GATAL MUKA AKIBAT SEAFOOD? MATA MERAH DAN BERAIR?

Jom atasi masalah tersebut dengan mencuba dan berikhtiar dengan Rawatan Herbapaty.

TERAPI RAWATAN RESDUNG (SINUS) MENGGUNAKAN 100% HERBA (tanpa corong asap, tanpa asap )

Laila Beauty Care menyediakan rawatan resdung yang sangat efisen menggunakan 100% herba terpilih. Ianya dapat mengeluarkan lendir-lendir resdung yang terdapat di dalam rongga muka seperti hidung, telinga, pipi, mata dan tekak. Rawatan ini juga dapat mengatasi masalah hidung tersumbat dan gatal -gatal pada muka akibat daripada alahan pemakanan juga elergi pada habuk dan debu.

SESI PERCUBAAN PROMOSI HANYA RM50 SAHAJA!
(NP RM80)

Tempoh rawatan 60min. Set temujanji anda sekarang, usah tunggu esok.
LAILA 016 938 9040 / 09-631 2600


https://www.facebook.com/LailaBeautyCare

No comments:

Post a Comment